Pages

Sunday 25 March 2012

Jahitan Manik di Kain Perca


Cadangan awal pada minggu ke 3 Mac ini, saya sebenarnya hendak menjahit manik di tudung saya, mengikut corak yang dipelajari daripada kelas jahitan manik dahulu. Namun tidak kesampaian, lantaran ada beberapa regular customer yang datang menempah baju kurung. Saya pun cuba terus menyiapkan tempahan tersebut seberapa segera. Oleh itu entri kali ini saya hanya dapat memaparkan latihan jahitan manik saya di kain perca untuk membaiki kemahiran dalam jahitan manik saya disamping mempratikkan apa yang telah saya pelajari selama ini. 


bunga hijau dan daun kuning

bunga ungu

Saturday 17 March 2012

Kelas Jahitan Manik

Inilah kali pertama saya hanya menggunakan  manik-manik mutiara dalam rekaan bebas corak jahitan manik di baju kurung saya. Satu percubaan sebenarnya. Sejak saya menghadiri kelas jahitan manik 3D 15 mac lalu di Isya Aya Creative Centre, saya semakin teruja untuk mencuba pelbagai rekaan paten dan corak manik. Banyak perkara dan tips-tips yang dapat dikongsi dan telah diperolehi daripada kelas tersebut. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas jahitan manik terutamanya untuk mereka yang tinggal di Melaka bolehlah hubungi Puan Isha (012-9338358). Pada masa terdekat , saya akan memaparkan foto-foto jahitan manik saya hasil daripada apa yang telah saya pelajari di kelas tersebut.

 corak  dengan manik-manik mutiara


Monday 12 March 2012

Buku dan Manik

Jumaat lalu dan hari ini saya ada menerima beberapa buah buku kraf yang saya beli melalui internet. Menarik. Tak sabar rasanya untuk saya cuba menjahit pelbagai paten beg yang ada di dalam buku-buku itu. Di samping itu saya juga sedang menyiapkan jahitan manik untuk hujung lengan baju kurung saya. Nampak ringkas sangat pula coraknya. Mungkin saya akan membuat beberapa penambahan corak manik lagi di situ.

corak yang ringkas

beli daripada craftybuddy.blogspot.com

beli daripada MyBotangshoppe.blogspot.com


Saturday 3 March 2012

Beg Kuliah Wany



Beg Kuliah Wany


berzip - bahagian yang paling sukar dijahit


Kain-kain yang tersusun cantik ini sebenarnya telah lama saya beli daripada tinicraft.blogspot.com. Akibat faktor kesibukan yang menghambat dan kurangnya ilmu menjahit beg, segala perancangan tergendala seketika sehinggalah penghujung februari ini, saya mencuba menghasilkan sebuah beg kuliah untuk kegunaan Wany. Walaupun ada sedikit kesilapan dan kekurangan namun saya tetap berharap beg kuliah Wany ini akan mencetuskan ilham-ilham yang lain dan saya akan terus dapat menghasilkan pelbagai jenis beg dari semasa ke semasa dengan lebih baik dan menarik.


menunggu giliran untuk dijahit