Pages

Sunday 15 February 2015

Buku Kraf - Variasi Seni Asas Jahitan Beg

Pujian harus diberi kepada Alaf 21 kerana menerbitkan Buku Variasi Seni Asas Jahitan Beg memandangkan Malaysia amat kekurangan buku-buku kraf seperti itu jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan. Ruang dan peluang yang diberi ini akan merancakkan lagi  aktiviti seni dan jahitan kraf di kalangan rakyat Malaysia.
Naskhah oleh Norwahidah Shariff ini amat berguna untuk dimiliki oleh mereka yang ingin menjahit beg sendiri atau untuk memulakan perniagaan kecil. Jika dibandingkan harga RM23.00 dan ilmu didalamnya ternyata amat berbaloi untuk dimiliki. Agak terperinci juga keterangan tentang seni asas jahitan beg yang bermula daripada beg anatomi, kaedah pull out dan drop in, bahan dan peralatan asas, fabrik, lapik, cara menerap pola dan langkah demi langkah cara menjahit beg secara bergambar.


muka depan
pelbagai jenis beg yang diajar
langkah demi langkah

belakang buku
disertakan pola

Saturday 14 February 2015

Hitam dan Putih

Hitam dan putih. Dua warna klasik. Hitam dan putih membuka banyak ruang-ruang ilham buat penggemar rekaan fesyen dan aksesori. Hitam dan putih juga warna selamat. Mudah disesuai padan dan kekal segar sepanjang zaman. Fabrik hitam dan putih ini merupakan milik saya yang saya agak teruja untuk menghasilkan produk jahitan beg tidak lama lagi.