Pages

Monday 18 July 2016

Fabrik Jersey Knit

Mana-mana tukang jahit selepas raya merupakan waktu untuk bernafas lega. Rehat seketika daripada tekanan untuk menyempurnakan jahitan pakaian dengan segera. Mana-mana juga projek jahitan yang tertangguh sebelum raya boleh disiapkan pada waktu seperti ini yang ada sedikit ruang kelapangan. Yang perlu ada hanyalah kesungguhan dan semangat untuk melakukannya.
Selain menyelesaikan saki baki tempahan customer sebelum raya, saya cuba memanfaatkan kelapangan masa ini untuk projek jahitan perca jersey knit. Fabrik ini boleh dijadikan headband kanak-kanak dan dewasa, legging dan skirt kanak-kanak.


Fabrik jersey knit


Ada pelbagai corak dan warna