Saturday, 16 November 2013
Graduation Pillow
Inilah hasil kraf pertama saya di awal bulan Islam. Ini juga pertama kali saya membuat bantal hiasan yang menggunakan kain felt.
Sunday, 15 September 2013
Projek Sampingan
Selain projek jahitan beg dan manik yang saya perlu selesaikan, saya entah kenapa masih memberi ruang pada diri untuk menekuni jahitan petak-petak hexagon ini sedangkan saya telah menginginkannya sejak beberapa lama dulu lagi. Hasrat hati hendak menyempurnakannya sebagai selimut tetapi entah bila saya akan menyiapkannya saya pun tak pasti. Banyak lagi kepingan-kepingan kain cotton yang saya kena cari dan potong.
Monday, 26 August 2013
Belajar Menjahit Baby Comforter
Sejujurnya, saya tidaklah secara keseluruhan menjahit baby comforter ini, guru yang mengajar yang lebih banyak menjahit untuk saya. Mengejar masa sebenarnya. Namun begitu saya tetap belajar banyak perkara. Yang paling penting saya sudah ada keyakinan untuk menggunakan mesin jahitan industri.
Pada mulanya saya agak gusar kerana pilihan warna kain cotton saya yang warna tanahnya hitam akan membawa impak yang tidak menarik pada pilihan warna baby comforter ini. Akhirnya, syukur Alhamdulillah, masih nampak kemanisan warnanya walaupun ada gabungan warna hitam dan pink.
semuanya tanah hitam |
tapi ini yang dipilih akhirnya |
gabungan warna yang menjadi |
sudah siap sepenuhnya |
Sunday, 7 July 2013
Di ambang Ramadan
Hari ini cuaca terang benderang. Langit biru. Panas dan berangin. Ia membawa suasana menceriakan. InsyaAllah, lebih kurang 2 hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan memyanbut Ramadan. Ramadan yang indah. Ramadan yang berkat. Ramadan yang mulia. Kedatangan Ramadan mula dapat dirasai sejak dua tiga bulan yang lepas. Bila baju yang nak ditempah tidak dterima lagi. Bila kita mula berjinak-jinak dengan puasa sunat bulan Syaaban dan rejab. Bila ramai mula mengganti puasa yang lepas. Banyak lagi sebenarnya yang membuatkan kita terasa akan tiba kedatangan ramadan. Di sini ada 2 buah buku terbaru terbitan Karangkraf yang sesuai untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin menjahit langsir untuk Lebaran tahun ini.
Sunday, 2 June 2013
Rama-rama Berterbangan di Fabrik Cotton
Hello Kitty bersama dengan rama-rama |
Inilah beberapa helai kain cotton yang saya miliki mempunyai motif rama-rama sebagai hiasan corak fabrik. Walaupun pada mulanya saya tidak begitu menyedari akan kehadiran sang rama-rama yang begitu menonjol sejak kebelakangan ini dalam rekaan corak kain cotton. Mungkin kita sudah biasa lihat dengan sang rama-rama yang muncul di gambar poskad hasil daripada intaian jurufoto untuk mengabadikan akan keindahan rama-rama itu. Namun begitu ia tetap dilihat menarik walaupun keindahan rama-rama itu sekadar hinggap di kain-kain cotton.
Sunday, 19 May 2013
Sulaman Reben Guna Warna Yang Manis
Kali ini saya gunakan warna reben yang lebih lembut dan manis dipandang. Sudah kali ke tiga saya membuat sulaman reben yang menggunakan teknik jahitan yang lebih kurang sama di samping jenis bunga yang sama. Yang berbeza cuma kreativiti. Teknik yang saya gunakan adalah teknik jahitan french knot, jahitan straight stitch, jahitan stem stitch, jahitan fishbone stitch, jahitan ribbon stitch dan jahitan fly stitch. Selepas ini saya nak gunakan warna biru dengan corak yang berbeza tetapi tetap menggunakan jenis bunga yang sama.
untuk bunga saya gunakan teknik jahitan straight stitch dan jahitan french knot |
untuk daun pula saya gunakan teknik jahitan fly stitch dan jahitan ribbon stitch |
Saturday, 18 May 2013
Buku Kraf Lagi.
Setiap kali saya membeli buku kraf, saya selalu mengingatkan diri saya supaya setiap buku-buku kraf yang saya beli itu akan membawa duit kepada saya bukannya membuang duit. Maksud saya ilmu-ilmu yang ada pada setiap buku-buku tersebut akan saya manfaatkan untuk kegunaan saya dan orang lain. Jadi ia menjadi cabaran kepada saya untuk menggunakan ilmu-ilmu kemahiran itu untuk kegunaan sendiri dan tujuan perniagaan. Atau saya membiarkannya sekadar disimpan sahaja dan menyelak sekali sekala. Membeli buku-buku yang berfaedah adalah bagus tetapi amat tidak bijaksana kalau kita membiarkannya berhabuk di rak-rak buku atau sekadar menambah tempat untuk disimpan. Itu adalah satu pembaziran.
beli daripada my/botang |
karya Yukiko Ogura yang terbaru saya miliki |
setiap satu berbeza jenis jahitan |
Sunday, 5 May 2013
PRU 13
Hanya tinggal beberapa jam sahaja kita akan ketahui keputusan PRU 13 dan hanya juga beberapa jam lagi untuk para pengundi menunaikan tanggungjawab membuang undi. Saya juga merakamkan tarikh 05-05-2013 ini sebagai tarikh yang penting untuk Malaysia walaupun mungkin ia tidak kena mengena dengan aktiviti jahitan saya. Menjelang malam nanti saya akan menghabiskan jahitan kraf atau jahitan sulaman reben sambil saya menunggu keputusan PRU 13.
Saturday, 4 May 2013
Lakaran Ilham Di Atas Kertas
Melalui lakaran, saya selalu cuba menterjemahkan ilham yang terbit di fikiran saya yang saya dapat melalui pembacaan buku-buku kraf, internet dan pengalaman melihat sendiri pemandangan alam semulajadi di luar di atas kertas. Apa yang selalu saya lihat, lakaran di atas kertas selalunya tak begitu sama dengan menjahitnya di kain. Ada saja perubahannya. Cantik di kertas tak semestinya cantik di kain. Bayangan ilham di kepala kadangkala cantik dalam bayangan fikiran tetapi tak semestinya cantik bila ilham itu diluahkan di atas kertas.
jahitan sulaman reben |
lakaran ilham |
Wednesday, 17 April 2013
Aktiviti Jahitan Bulan April
Banyak juga aktiviti jahitan saya di bulan April berjalan serentak. Mood saya kembali pulih perlahan-lahan setelah hampir dua bulan saya menyepi daripada sebarang aktiviti jahitan. Jahitan sulaman reben saya masih belum selesai dan ada lagi jahitan sulaman reben lain yang akan menyusul. Begitu juga dengan jahitan beg saya kerana ada lagi beberapa percubaan paten beg yang baru akan saya buat. Kegilaan saya kepada jahitan yo-yo masih berterusan walaupun masih samar-samar bagaimana saya nak gunakan jahitan yo-yo itu walaupun pada mulanya saya nak hiaskannya di jahitan beg.
reversible bag |
Sulaman Reben yang belum siap sepenuhnya |
Yo yo Craft |
Sunday, 13 January 2013
Buku Kraf Lagi
Ke kedai buku Popular lagi. Terus menuju ke rak buku kraf berbahasa Cina. Banyak pula buku-buku kraf di sini berbanding di cawangan yang lain. Apa lagi, saya terus membelek seberapa banyak buku kraf yang ada. Saya tewas lagi. Janji pada diri tidak membeli lagi. Akhirnya, di rumah bilangan buku bertambah lagi. Lepas ini kenalah rajin dan produktif menghasilkan jahitan beg seperti terdapat di dalam buku-buku tersebut.
beli buku kraf lagi |
sesuai untuk rujukan kepada mereka yang ingin memulakan online business |
Sunday, 6 January 2013
Semangat di awal tahun 2013
Ahad pertama di awal tahun, saya telah menghasilkan pencil case yang pertama. Satu percubaan yang menemukan pelbagai pertanyaan dan juga jawapan. Ada di sana dan di sini yang perlu dibaiki. Saya akan menjahit lagi pencil case yang berbeza corak dan pattern.
Saturday, 5 January 2013
Kisah di awal tahun 2013
Hari ini sudah 5 hari lembaran baru 2013 dibuka. Tapi saya tetap dengan topik lama. Kisah jahitan beg yang ditempah oleh customer. Kali ini saya menjahit zip berpoket di bahagian depan dan belakang beg. Bezanya saya bawa kelainan dengan menutup kehadiran zip di bahagian depan beg dengan satu jahitan lapisan kain selebar dalam 2 inci dan dihiasi dengan butang-butang besar.
sebuah tempahan beg yang dah siap |
my first pouch |
ada hiasan butang-butang besar |
dan disebalik lapisan hiasan butang itu ada zip berpoket yang dijahit sembunyi |
ini pula zip poket yang di bahagian belakang |
Subscribe to:
Posts (Atom)