Pujian harus diberi kepada Alaf 21 kerana menerbitkan Buku Variasi Seni Asas Jahitan Beg memandangkan Malaysia amat kekurangan buku-buku kraf seperti itu jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan. Ruang dan peluang yang diberi ini akan merancakkan lagi aktiviti seni dan jahitan kraf di kalangan rakyat Malaysia.
Naskhah oleh Norwahidah Shariff ini amat berguna untuk dimiliki oleh mereka yang ingin menjahit beg sendiri atau untuk memulakan perniagaan kecil. Jika dibandingkan harga RM23.00 dan ilmu didalamnya ternyata amat berbaloi untuk dimiliki. Agak terperinci juga keterangan tentang seni asas jahitan beg yang bermula daripada beg anatomi, kaedah pull out dan drop in, bahan dan peralatan asas, fabrik, lapik, cara menerap pola dan langkah demi langkah cara menjahit beg secara bergambar.
|
muka depan |
|
pelbagai jenis beg yang diajar |
|
langkah demi langkah |
|
belakang buku |
|
disertakan pola |
No comments:
Post a Comment