Pages

Showing posts with label JAHITAN MANIK. Show all posts
Showing posts with label JAHITAN MANIK. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Jahitan Manik Lace

Saya sebenarnya agak suka juga menjahit manik lace. Pada saya mudah dan bebas  untuk memilih manik dan labuci yang digemari tanpa perlu untuk memikirkan atau perlu melukiskan corak manik. Dan ini bukanlah jahitan manik lace saya yang pertama.






Sunday, 14 October 2012

Jahitan Manik Lace

Inilah jahitan manik lace yang pertama saya selesaikan untuk baju sendiri dan juga untuk sepasang jubah kakak saya. Banyak lagi projek jahitan manik dan juga jahitan bag yang sedang menunggu. Harap-harap dapat saya selesaikan dengan cepat dan sempurna.


jahitan manik di baju sendiri


jahitan manik di jubah


Tuesday, 4 September 2012

Nota sudah mari, di mana pula kupunya jari?

Dalam kita melakukan sesuatu perkara, minat dan semangat sahaja masih tidak mencukupi tanpa kesungguhan dan ketabahan. Nota jahitan manik yang saya beli daripada peparidsign sudah diterima. Lengkap sungguh notanya, bukan sekadar keterangan tentang jahitan manik, disertakan sekali juga bahan-bahannya seperti jarum, kain perca, contoh foto dan manik. Apa yang nak ditunggu lagi sebenarnya? Kalau bukan jari-jariku  perlu mula mencubanya???





Sunday, 2 September 2012

Kembali selepas lebaran

Berada pada hari ke 15 Syawal, barulah saya agak lapang dalam melaksanakan kerja-kerja jahitan yang tergendala. Walau pada mula saya merencana menjahit manik pada bulan puasa tetapi gagal terlaksana akhirnya. Dua tiga hari cuti ini, barulah saya mula menyentuh jahitan manik saya. Belum sempurna sepenuhnya jahitan manik tersebut, masih peringkat permulaan dan pertengahan.


sudah dijahit pada jubah tapi belum lagi ditambah manik

sudah dijelujur tetapi belum lagi dijahitkan manik-manik tambahan

Saturday, 7 July 2012

Buku dan jahitan manik

 Inilah satu-satunya jahitan manik yang paling rumit saya hasilkan. Rumit dikatakan adalah dari sisi kepadatan jahitan manik dan kelebarannya. Tidaklah sukar menjahitnya. Teknik yang simple tapi memerlukan ketekunan dan kesabaran. Jenuh juga untuk menyiapkannya.




 Hari  ini semasa saya mencari majalah lama-lama edisi raya, saya terjumpa buku ini. Saya selak-selak sikit. Tak sangka pulak, ada bab fasal cara menjahit set comforter untuk baby yang saya cari selama ini. Walaupun tidak terperinci, sekurang-kurangnya dapatlah saya gambarannya. Macam-macam ada di dalam buku ini sebenarnya.. Nak belajar jahit langsir, sarung kusyen dan sarung sofa pun ada. Amat bersesuaian untuk dijadikan rujukan pada mereka yang ingin membuat persediaan hari raya ini. Namun begitu, buku ini diterbitkan pada 2007, jadi saya tidak pasti buku ini masih lagi berada di pasaran atau tidak. Saya sendiri tak pasti kenapa saya terlepas pandang buku ini pada jangka masa yang agak lama.






Saturday, 5 May 2012

Sulaman Reben dan Sulaman manik


 Pada 28 April yang lalu, saya berkesempatan menghadiri kelas asas sulaman reben dan sulaman manik lace.  Saya yang pertama kali mempelajari sulaman reben, berpendapat sulaman reben merupakan satu seni jahitan yang menarik. Begitu juga dengan jahitan manik lace yang pada mulanya saya menyangka agak sukar untuk menjahitnya tetapi tidaklah sesukar yang dijangka, mudah kerana corak lace sudah tersedia cuma adunan warna dan paten manik saja yang perlu difikirkan. Kebetulan   kedai di sebelah bangunan tempat saya belajar ini sedang mengadakan jualan penghabisan stok, saya berkesempatan pula membeli reben dan lace dengan harga potongan 50%. Saya lebih teruja dan bersemangat untuk terus mempratikkan kedua-dua jenis sulaman ini.

manik lace
sulaman reben 

manik lace

bekas tempat letak telur jadi tempat letak manik
Apabila saya ternampak bekas tempat letak telur ini, fikiran saya terus terfikir untuk menggunakannya sebagai tempat letak manik.




Sunday, 25 March 2012

Jahitan Manik di Kain Perca


Cadangan awal pada minggu ke 3 Mac ini, saya sebenarnya hendak menjahit manik di tudung saya, mengikut corak yang dipelajari daripada kelas jahitan manik dahulu. Namun tidak kesampaian, lantaran ada beberapa regular customer yang datang menempah baju kurung. Saya pun cuba terus menyiapkan tempahan tersebut seberapa segera. Oleh itu entri kali ini saya hanya dapat memaparkan latihan jahitan manik saya di kain perca untuk membaiki kemahiran dalam jahitan manik saya disamping mempratikkan apa yang telah saya pelajari selama ini. 


bunga hijau dan daun kuning

bunga ungu