Pages

Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Tuesday, 21 June 2016

Make-Up Bag

Alhamdulillah, pada bulan Mei dan June 2016 ini, saya agak produktif menghasilkan make-up bag untuk memenuhi tempahan customer. Hampir 40 biji telah terhasil. Selain daripada itu, saya juga menghasilkan jahitan beberapa  helai baju kurung dan tote bag.




Saya juga ada membeli beberapa buah buku jahitan dan kraf. Buku jahitan Kids ini  merupakan buku keluaran Jepun. Menarik kerana ada pelbagai contoh dan pola pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan.


Ini antara buku jahitan yang dibeli



Sunday, 15 February 2015

Buku Kraf - Variasi Seni Asas Jahitan Beg

Pujian harus diberi kepada Alaf 21 kerana menerbitkan Buku Variasi Seni Asas Jahitan Beg memandangkan Malaysia amat kekurangan buku-buku kraf seperti itu jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan. Ruang dan peluang yang diberi ini akan merancakkan lagi  aktiviti seni dan jahitan kraf di kalangan rakyat Malaysia.
Naskhah oleh Norwahidah Shariff ini amat berguna untuk dimiliki oleh mereka yang ingin menjahit beg sendiri atau untuk memulakan perniagaan kecil. Jika dibandingkan harga RM23.00 dan ilmu didalamnya ternyata amat berbaloi untuk dimiliki. Agak terperinci juga keterangan tentang seni asas jahitan beg yang bermula daripada beg anatomi, kaedah pull out dan drop in, bahan dan peralatan asas, fabrik, lapik, cara menerap pola dan langkah demi langkah cara menjahit beg secara bergambar.


muka depan
pelbagai jenis beg yang diajar
langkah demi langkah

belakang buku
disertakan pola

Sunday, 25 January 2015

Buku Kraf

Saya beli buku kraf lagi. Kali ini buku kraf yang berbahasa Cina diterbitkan di Malaysia oleh One Publisher. Selama ini One Publisher banyak menerbitkan buku-buku masakan. Untuk pencinta sulam tampal bentuk hexagon saya syorkan inilah buku rujukan terbaik terutamanya yang baru nak bermula. Panduan langkah demi langkah amat memudahkan pemahaman walaupun ia berbahasa Cina. Di dalam buku ini ada panduan buat sulaman tampal hexagon untuk selimut, beg, bantal hiasan dan lain-lain. Sebenarnya buku ini  juga  memaparkan pelbagai bentuk sulaman tampal lain seperti segi empat, segi lapan dan yo-yo.






Saturday, 18 May 2013

Buku Kraf Lagi.

Setiap kali saya membeli buku kraf, saya selalu mengingatkan diri saya supaya setiap buku-buku kraf yang saya beli itu akan membawa duit kepada saya bukannya membuang duit. Maksud saya ilmu-ilmu yang ada pada setiap buku-buku tersebut akan saya manfaatkan untuk kegunaan saya dan orang lain. Jadi ia menjadi cabaran kepada saya untuk menggunakan ilmu-ilmu kemahiran itu untuk kegunaan sendiri dan tujuan perniagaan. Atau saya membiarkannya sekadar disimpan sahaja dan menyelak sekali sekala. Membeli buku-buku yang berfaedah adalah bagus tetapi amat tidak bijaksana kalau kita membiarkannya berhabuk di rak-rak buku atau sekadar menambah tempat untuk disimpan. Itu adalah satu pembaziran.

beli daripada my/botang
karya Yukiko Ogura yang terbaru saya miliki
setiap satu berbeza jenis jahitan

Sunday, 13 January 2013

Buku Kraf Lagi

Ke kedai buku Popular lagi. Terus menuju ke rak buku kraf berbahasa Cina. Banyak pula buku-buku kraf di sini berbanding di cawangan yang lain. Apa lagi, saya terus membelek seberapa banyak buku kraf yang ada. Saya tewas lagi. Janji pada diri tidak membeli lagi. Akhirnya, di rumah bilangan buku bertambah lagi. Lepas ini kenalah rajin dan produktif menghasilkan jahitan beg seperti terdapat di dalam buku-buku tersebut.

beli buku kraf lagi
sesuai untuk rujukan kepada mereka yang ingin memulakan online business

Thursday, 20 December 2012

Cabaran Bukannya Halangan

buku baru lagi
20.12.2012. Hari ini saya beli buku dan majalah kraf lagi. Bukan sedikit jumlahnya majalah dan buku kraf yang berbahasa selain daripada bahasa Melayu yang saya miliki sekarang terutamanya buku-buku kraf dari Taiwan. Saya langsung tidak memahaminya. Saya hanya berpandukan pada gambar-gambar yang ditunjukkan di dalam buku atau majalah tersebut. Tanpa pemerhatian yang teliti bukan mudah untuk memahami dengan cepat dan tepat.
Sebenarnya, bukan bahasa sahaja yang boleh menjadi cabaran kepada kita untuk menghasilkan kraf berpandu buku-buku tersebut. Kemahiran dan pengalaman dalam bidang jahitan juga amat berguna untuk memudahkan pemahaman. Imaginasi yang tinggi dan disertai dengan percubaan melakukannya beberapa kali juga amat membantu.  Merujuk kepada buku atau majalah tanpa guru yang mengajar bukanlah perkara yang terbaik tetapi tidak salah jika kita menjadi orang yang sentiasa ingin mencuba biarpun berpandu pada buku semata-mata.
Kadang-kadang kita tidak mempunyai pilihan kerana bukan mudah untuk mencari buku atau majalah kraf di dalam bahasa ibunda. Malah kelas-kelas untuk belajar jahitan kraf seperti beg pun agak sukar ditemui. Sekurang-kurangnya ini adalah salah satu jalan untuk menyempurnakan keinginan untuk menghasilkan kraf buatan sendiri. Dan mungkin mampu menjana pendapatan sampingan. Siapa tahu!

Saturday, 7 July 2012

Buku dan jahitan manik

 Inilah satu-satunya jahitan manik yang paling rumit saya hasilkan. Rumit dikatakan adalah dari sisi kepadatan jahitan manik dan kelebarannya. Tidaklah sukar menjahitnya. Teknik yang simple tapi memerlukan ketekunan dan kesabaran. Jenuh juga untuk menyiapkannya.




 Hari  ini semasa saya mencari majalah lama-lama edisi raya, saya terjumpa buku ini. Saya selak-selak sikit. Tak sangka pulak, ada bab fasal cara menjahit set comforter untuk baby yang saya cari selama ini. Walaupun tidak terperinci, sekurang-kurangnya dapatlah saya gambarannya. Macam-macam ada di dalam buku ini sebenarnya.. Nak belajar jahit langsir, sarung kusyen dan sarung sofa pun ada. Amat bersesuaian untuk dijadikan rujukan pada mereka yang ingin membuat persediaan hari raya ini. Namun begitu, buku ini diterbitkan pada 2007, jadi saya tidak pasti buku ini masih lagi berada di pasaran atau tidak. Saya sendiri tak pasti kenapa saya terlepas pandang buku ini pada jangka masa yang agak lama.






Monday, 21 May 2012

Buku Terbaru Dalam Koleksi

Creative Beads Collection merupakan sebuah buku jahitan manik yang simple dan praktikal. Sesuai untuk orang yang baru dalam dunia jahitan manik tapi agak kurang sesuai sekiranya pada mereka yang tiada  langsung asas jahitan manik. Biarpun pada saya buku ini agak terlambat hadir dalam dunia penerbitan buku jahitan manik tetapi ia tetap berguna kerana mampu memberikan idea atau mencambahkan bibit-bibit ilham jahitan manik yang menarik. Buku yang berharga RM22-00 ini mampu mencantikkan baju raya anda tahun ini. Selamat membeli dan mencuba!

Shirley dan Rozai Tza sebagai penulis buku

langkah demi langkah



Monday, 7 May 2012

Majalah Kraf dan Jahitan

 7 buah majalah Cotton Friend dibeli serentak
Minggu lepas saya beli 7 buah majalah Cotton Friend pada waktu makan tengahari di kedai buku Popular. Saya beli keluaran yang tak dapat saya beli pada masa dulu-dulu. Saya lihat pada keluaran yang terbaru iaitu  pada tahun 2010 hingga sekarang lebih menarik kerana ada kepelbagaian jenis jahitan seperti jahitan beg, jahitan baju kanak-kanak, jahitan blaus, jahitan topi, jahitan skirt dan lain-lain. Boleh dikatakan tidak rugi beli majalah-majalah seperti ini. Harga pun baru RM24.90. Bukan tiap-tiap bulan keluarannya, dalam setahun cuma 4 kali diterbitkan. Yang bestnya ada sekali cara-cara untuk menjahitnya.




 manis sekali rekaan topi untuk ibu dan anak





pelbagai rekaan topi





topi dan baby bib