Pages

Sunday, 13 January 2013

Buku Kraf Lagi

Ke kedai buku Popular lagi. Terus menuju ke rak buku kraf berbahasa Cina. Banyak pula buku-buku kraf di sini berbanding di cawangan yang lain. Apa lagi, saya terus membelek seberapa banyak buku kraf yang ada. Saya tewas lagi. Janji pada diri tidak membeli lagi. Akhirnya, di rumah bilangan buku bertambah lagi. Lepas ini kenalah rajin dan produktif menghasilkan jahitan beg seperti terdapat di dalam buku-buku tersebut.

beli buku kraf lagi
sesuai untuk rujukan kepada mereka yang ingin memulakan online business

Sunday, 6 January 2013

Semangat di awal tahun 2013

Ahad pertama di awal tahun, saya telah menghasilkan pencil case yang pertama. Satu percubaan yang menemukan pelbagai pertanyaan dan juga jawapan. Ada di sana dan di sini yang perlu dibaiki. Saya akan menjahit lagi pencil case yang berbeza corak dan pattern.




Saturday, 5 January 2013

Kisah di awal tahun 2013

Hari ini sudah 5 hari lembaran baru 2013 dibuka. Tapi saya tetap dengan topik lama. Kisah jahitan beg yang ditempah oleh customer. Kali ini saya menjahit zip berpoket di bahagian depan dan belakang beg. Bezanya saya bawa kelainan dengan menutup kehadiran zip di bahagian depan beg dengan satu jahitan lapisan kain selebar dalam 2 inci dan dihiasi dengan butang-butang besar.

sebuah tempahan beg yang dah siap

my first pouch

ada hiasan butang-butang besar

dan disebalik lapisan hiasan butang itu ada zip berpoket yang dijahit sembunyi

ini pula zip poket yang  di bahagian belakang