Pages

Sunday, 19 May 2013

Sulaman Reben Guna Warna Yang Manis

Kali ini saya gunakan warna reben yang lebih lembut dan manis dipandang. Sudah kali ke tiga saya membuat sulaman reben yang menggunakan teknik jahitan yang lebih kurang sama di samping jenis bunga yang sama. Yang berbeza cuma kreativiti. Teknik yang saya gunakan adalah teknik jahitan french knot, jahitan straight stitch, jahitan stem stitch, jahitan fishbone stitch, jahitan ribbon stitch dan jahitan fly stitch. Selepas ini saya nak gunakan warna biru dengan corak yang berbeza tetapi tetap menggunakan jenis bunga yang sama.

untuk bunga saya gunakan teknik jahitan straight stitch dan jahitan french knot
untuk daun pula saya gunakan teknik jahitan fly stitch dan jahitan ribbon stitch

Saturday, 18 May 2013

Buku Kraf Lagi.

Setiap kali saya membeli buku kraf, saya selalu mengingatkan diri saya supaya setiap buku-buku kraf yang saya beli itu akan membawa duit kepada saya bukannya membuang duit. Maksud saya ilmu-ilmu yang ada pada setiap buku-buku tersebut akan saya manfaatkan untuk kegunaan saya dan orang lain. Jadi ia menjadi cabaran kepada saya untuk menggunakan ilmu-ilmu kemahiran itu untuk kegunaan sendiri dan tujuan perniagaan. Atau saya membiarkannya sekadar disimpan sahaja dan menyelak sekali sekala. Membeli buku-buku yang berfaedah adalah bagus tetapi amat tidak bijaksana kalau kita membiarkannya berhabuk di rak-rak buku atau sekadar menambah tempat untuk disimpan. Itu adalah satu pembaziran.

beli daripada my/botang
karya Yukiko Ogura yang terbaru saya miliki
setiap satu berbeza jenis jahitan

Sunday, 5 May 2013

PRU 13

Hanya tinggal beberapa jam sahaja kita akan ketahui keputusan PRU 13 dan hanya juga beberapa jam lagi untuk para pengundi menunaikan tanggungjawab membuang undi. Saya juga merakamkan tarikh 05-05-2013 ini sebagai tarikh yang penting untuk Malaysia walaupun mungkin ia tidak kena mengena dengan aktiviti jahitan saya. Menjelang malam nanti saya akan menghabiskan jahitan kraf atau jahitan sulaman reben sambil saya menunggu keputusan PRU 13.

Saturday, 4 May 2013

Lakaran Ilham Di Atas Kertas

Melalui lakaran, saya selalu cuba menterjemahkan ilham yang terbit di fikiran saya yang saya dapat melalui pembacaan buku-buku kraf, internet dan pengalaman melihat sendiri pemandangan alam semulajadi di luar di atas kertas. Apa yang selalu saya lihat, lakaran di atas kertas selalunya tak begitu sama dengan menjahitnya di kain. Ada saja perubahannya. Cantik di kertas tak semestinya cantik di kain. Bayangan ilham di kepala kadangkala cantik dalam bayangan fikiran tetapi tak semestinya cantik bila ilham itu diluahkan di atas kertas.

jahitan sulaman reben 
lakaran ilham