Pages

Friday, 26 December 2014

2014 bakal ditinggalkan

Lebih kurang seminggu 2014 bakal ditinggalkan. Tidak banyak sebenarnya aktiviti jahitan saya di tahun 2014 ini. Janji pada diri diharapkan 2015 saya bakal lebih aktif berblog dan melakukan aktiviti jahitan terutamanya jahitan beg. Inilah hidangan mata untuk hari-hari terakhir 2014.





Sunday, 30 November 2014

November 2014 yang ditinggalkan

Sejak kebelakangan ini saya lihat di Kamdar ada menjual pelbagai corak kain cotton yang menarik  untuk jahitan kraf. Ibarat kalau saya ke kedai buku saya berasa janggal kalau saya tak beli sebarang buku, begitulah juga kalau ke kedai kain saya akan berasa janggal kalau tak membeli sebarang kain. Terutamanya kain untuk jahitan kraf. November ini juga menyaksikan saya semakin seronok dan berterusan menjahit pelbagai beg.

masih berterusan menjahit tote beg yan simple ini

fabrik cotton yang dibeli di Kamdar

Saturday, 1 November 2014

Simple Tote Bag

Tote beg yang amat ringkas tetapi serba guna. Tanpa zip dan poket. Boleh digunakan sebagai shopping beg pada hari tanpa beg plastik. Sebagai beg telekung atau beg letak buku untuk pelajar pun boleh. Mudah dicuci kerana kainnya jenis heavy cotton. Tahan lasak.







Sunday, 19 October 2014

Pouch Berjalur

Satu lagi hasil jahitan pouch saya yang masih menggunakan jahitan quilt yo yo sebagai hiasan. Jahitan quilt yo yo itu mampu memberi seri kepada pouch tersebut.


Tuesday, 23 September 2014

Make-up Bag

Pertama kali menjahit make-up bag yang dihiasi jahitan kraf yo-yo. Warna pink pekat agak kelihatan serasi dengan  warna merah corak bunga-bunga jahitan kraf yo-yo. Warna biru butang pula menaikkan lagi seri make-up bag tersebut. Saya nencabar diri untuk menjahit lagi make-up seperti itu dan sekaligus membaiki kekurangan dan memperincikan lagi kekemasan pada jahitan. Saya berterima kasih pada teman sepejabat yang memberi ruang kesabaran menunggu hasil kerja karya saya ini.

jahitan kraf yo-yo yang tidak mengecewakan sebagai hiasan

Make-up bag bersaiz agak besar 

bahagian belakang tanpa hiasan


Monday, 10 February 2014

Jahitan Manik Lace

Saya sebenarnya agak suka juga menjahit manik lace. Pada saya mudah dan bebas  untuk memilih manik dan labuci yang digemari tanpa perlu untuk memikirkan atau perlu melukiskan corak manik. Dan ini bukanlah jahitan manik lace saya yang pertama.






Monday, 27 January 2014

Boxy Pouch

Percubaan membuat boxy pouch di awal tahun 2014. Boleh dijadikan pencil case atau make up pouch. Bakal menyusul pelbagai jahitan kraf yang lain. Ada juga jahitan manik dan jahitan sulaman reben.