Inilah kali kedua saya menjahit beg yang digunakan oleh pelajar universiti. Beg yang simple tetapi sesuai untuk digunakan untuk ke kuliah kerana ruang dalamnya yang luas. Boleh letak banyak buku. Kain yang digunakan juga tahan lasak dan mudah untuk dibasuh.
Wednesday, 7 November 2012
Monday, 5 November 2012
Sulam Bayang Dalam Bayangan Ilham
Sehingga saya sedang menulis entri ini, saya masih membayangkan ilham-ilham yang lain untuk saya gunakan ilmu jahitan sulam bayang atau sulam tali kasut ini untuk pelbagai kegunaannya. Saya cuma sedia maklum sulam bayang ini boleh digunakan di tudung bawal atau di atas kain ela. Jujur saya katakan, sebelum saya mengikuti kelas 1 Malaysia anjuran Giat Mara, saya tidak tahu tentang sulam bayang ini. Mungkin saya pernah lihat jenis sulaman ini, cuma saya tidak tahu tentang namanya. Kata guru yang mengajar, cari di google, banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang sulam bayang. Memang benar, banyak yang saya ketahui tentangnya. Kebetulan warna kain bawal yang saya gunakan di kelas tersebut agak kurang sesuai atau kurang menyerlah. Jika saya gunakan warna putih atau warna cream, saya rasa ia lebih menarik. Apapun, saya tetap berpuas hati dengan hasilnya. Pada saya, sulam bayang ini juga tidak perlu untuk ditambahkan jahitan sulaman benang dan sulaman manik yang berlebih-lebihan kerana ia boleh memjejaskan keseniannya sebagi sulam bayang. Tanpa bayang benangnya, apalah makna sulam bayang, kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)