Pages

Monday, 5 November 2012

Sulam Bayang Dalam Bayangan Ilham

Sehingga saya sedang menulis entri ini, saya masih membayangkan ilham-ilham yang lain untuk saya gunakan ilmu jahitan sulam bayang atau sulam tali kasut ini untuk pelbagai kegunaannya. Saya cuma sedia maklum sulam bayang ini boleh digunakan di tudung bawal atau di atas kain ela. Jujur saya katakan, sebelum saya mengikuti kelas 1 Malaysia anjuran Giat Mara, saya tidak tahu tentang sulam bayang ini. Mungkin saya pernah lihat jenis sulaman ini, cuma saya tidak tahu tentang namanya. Kata guru yang mengajar, cari di google, banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang sulam bayang. Memang benar, banyak yang   saya ketahui tentangnya. Kebetulan warna kain bawal yang saya gunakan di kelas tersebut agak kurang sesuai  atau kurang menyerlah. Jika saya gunakan warna  putih atau warna cream, saya rasa ia lebih menarik. Apapun, saya tetap berpuas hati dengan hasilnya. Pada saya, sulam bayang ini juga tidak perlu untuk ditambahkan jahitan sulaman benang dan sulaman manik yang berlebih-lebihan kerana ia boleh memjejaskan keseniannya sebagi sulam bayang. Tanpa bayang benangnya, apalah makna sulam bayang, kan?





No comments:

Post a Comment