buku baru lagi |
Sebenarnya, bukan bahasa sahaja yang boleh menjadi cabaran kepada kita untuk menghasilkan kraf berpandu buku-buku tersebut. Kemahiran dan pengalaman dalam bidang jahitan juga amat berguna untuk memudahkan pemahaman. Imaginasi yang tinggi dan disertai dengan percubaan melakukannya beberapa kali juga amat membantu. Merujuk kepada buku atau majalah tanpa guru yang mengajar bukanlah perkara yang terbaik tetapi tidak salah jika kita menjadi orang yang sentiasa ingin mencuba biarpun berpandu pada buku semata-mata.
Kadang-kadang kita tidak mempunyai pilihan kerana bukan mudah untuk mencari buku atau majalah kraf di dalam bahasa ibunda. Malah kelas-kelas untuk belajar jahitan kraf seperti beg pun agak sukar ditemui. Sekurang-kurangnya ini adalah salah satu jalan untuk menyempurnakan keinginan untuk menghasilkan kraf buatan sendiri. Dan mungkin mampu menjana pendapatan sampingan. Siapa tahu!
No comments:
Post a Comment