Pages

Tuesday 17 January 2017

Selamat Datang 2017.

Tiada apa yang diharapkan 2017 ini selain daripada kekerapan yang boleh saya lakukan untuk update blog ini dengan pelbagai kisah perjalanan seni jahitan saya. Ini termasuk jahitan pakaian, jahitan beg dan jahitan yang lain. Kisah jahitan saya boleh juga dikongsi di instagram saya iaitu ilham.maniss. Saya juga berharap dapat berkongsi beberapa tutorial tentang pelbagai ilmu jahitan di sini.

Monday 18 July 2016

Fabrik Jersey Knit

Mana-mana tukang jahit selepas raya merupakan waktu untuk bernafas lega. Rehat seketika daripada tekanan untuk menyempurnakan jahitan pakaian dengan segera. Mana-mana juga projek jahitan yang tertangguh sebelum raya boleh disiapkan pada waktu seperti ini yang ada sedikit ruang kelapangan. Yang perlu ada hanyalah kesungguhan dan semangat untuk melakukannya.
Selain menyelesaikan saki baki tempahan customer sebelum raya, saya cuba memanfaatkan kelapangan masa ini untuk projek jahitan perca jersey knit. Fabrik ini boleh dijadikan headband kanak-kanak dan dewasa, legging dan skirt kanak-kanak.


Fabrik jersey knit


Ada pelbagai corak dan warna





Tuesday 21 June 2016

Make-Up Bag

Alhamdulillah, pada bulan Mei dan June 2016 ini, saya agak produktif menghasilkan make-up bag untuk memenuhi tempahan customer. Hampir 40 biji telah terhasil. Selain daripada itu, saya juga menghasilkan jahitan beberapa  helai baju kurung dan tote bag.




Saya juga ada membeli beberapa buah buku jahitan dan kraf. Buku jahitan Kids ini  merupakan buku keluaran Jepun. Menarik kerana ada pelbagai contoh dan pola pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan.


Ini antara buku jahitan yang dibeli



Saturday 21 May 2016

Printed Denim Fabric

Printed Denim Fabric 60'

Hasrat awal saya ialah menjadikan fabrik denim ini sebagai pakaian. Apabila sampai di tangan saya (beli online), hati saya berbelah bagi pula. Saya terfikir untuk menjadikannya sebagai jahitan beg atau kraf. Hasilnya akan saya kongsikan beberapa hari lagi,




Saturday 30 May 2015

Beg Telekung, Pencil Case dan Pouch

Aktiviti jahitan saya masih berterusan biarpun agak perlahan. Ada jahitan yang dihasilkan atas permintaan pelanggan dan ada yang ready made. Beg telekung dan pencil case berwarna senada di atas permintaan pelanggan. Manakala pouch ready made pula yang dijahit dibei pilihan dengan pelbagai corak dan warna.

Beg Telekung
Pink in colour-pencil case
Simple pouch




Sunday 15 February 2015

Buku Kraf - Variasi Seni Asas Jahitan Beg

Pujian harus diberi kepada Alaf 21 kerana menerbitkan Buku Variasi Seni Asas Jahitan Beg memandangkan Malaysia amat kekurangan buku-buku kraf seperti itu jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan. Ruang dan peluang yang diberi ini akan merancakkan lagi  aktiviti seni dan jahitan kraf di kalangan rakyat Malaysia.
Naskhah oleh Norwahidah Shariff ini amat berguna untuk dimiliki oleh mereka yang ingin menjahit beg sendiri atau untuk memulakan perniagaan kecil. Jika dibandingkan harga RM23.00 dan ilmu didalamnya ternyata amat berbaloi untuk dimiliki. Agak terperinci juga keterangan tentang seni asas jahitan beg yang bermula daripada beg anatomi, kaedah pull out dan drop in, bahan dan peralatan asas, fabrik, lapik, cara menerap pola dan langkah demi langkah cara menjahit beg secara bergambar.


muka depan
pelbagai jenis beg yang diajar
langkah demi langkah

belakang buku
disertakan pola

Saturday 14 February 2015

Hitam dan Putih

Hitam dan putih. Dua warna klasik. Hitam dan putih membuka banyak ruang-ruang ilham buat penggemar rekaan fesyen dan aksesori. Hitam dan putih juga warna selamat. Mudah disesuai padan dan kekal segar sepanjang zaman. Fabrik hitam dan putih ini merupakan milik saya yang saya agak teruja untuk menghasilkan produk jahitan beg tidak lama lagi.