Pages

Thursday 20 December 2012

Cabaran Bukannya Halangan

buku baru lagi
20.12.2012. Hari ini saya beli buku dan majalah kraf lagi. Bukan sedikit jumlahnya majalah dan buku kraf yang berbahasa selain daripada bahasa Melayu yang saya miliki sekarang terutamanya buku-buku kraf dari Taiwan. Saya langsung tidak memahaminya. Saya hanya berpandukan pada gambar-gambar yang ditunjukkan di dalam buku atau majalah tersebut. Tanpa pemerhatian yang teliti bukan mudah untuk memahami dengan cepat dan tepat.
Sebenarnya, bukan bahasa sahaja yang boleh menjadi cabaran kepada kita untuk menghasilkan kraf berpandu buku-buku tersebut. Kemahiran dan pengalaman dalam bidang jahitan juga amat berguna untuk memudahkan pemahaman. Imaginasi yang tinggi dan disertai dengan percubaan melakukannya beberapa kali juga amat membantu.  Merujuk kepada buku atau majalah tanpa guru yang mengajar bukanlah perkara yang terbaik tetapi tidak salah jika kita menjadi orang yang sentiasa ingin mencuba biarpun berpandu pada buku semata-mata.
Kadang-kadang kita tidak mempunyai pilihan kerana bukan mudah untuk mencari buku atau majalah kraf di dalam bahasa ibunda. Malah kelas-kelas untuk belajar jahitan kraf seperti beg pun agak sukar ditemui. Sekurang-kurangnya ini adalah salah satu jalan untuk menyempurnakan keinginan untuk menghasilkan kraf buatan sendiri. Dan mungkin mampu menjana pendapatan sampingan. Siapa tahu!

Wednesday 12 December 2012

Detik Waktu Terus Berlalu

12.12.12, saya sekadar merakam tarikh yang  mungkin amat bermakna pada sesiapa sahaja. Pada saya tarikh tersebut menunjukkan sudah 10 bulan (12.02.12) saya memulakan blog ilham-maniss ini. Ada dua bulan lagi untuk menuju ke angka satu tahun. Ini juga bermakna masih ada ruang  untuk saya mencipta dan  melengkapkan lagi satu kemanisan akan kewujudan blog ini sepanjang tempoh tersebut. InsyaAllah.

Wednesday 7 November 2012

Tempahan Beg

Inilah kali kedua saya menjahit beg yang digunakan oleh pelajar universiti. Beg yang simple tetapi sesuai untuk digunakan untuk ke kuliah kerana ruang dalamnya yang luas. Boleh letak banyak buku. Kain yang digunakan juga tahan lasak dan mudah untuk dibasuh.





Monday 5 November 2012

Sulam Bayang Dalam Bayangan Ilham

Sehingga saya sedang menulis entri ini, saya masih membayangkan ilham-ilham yang lain untuk saya gunakan ilmu jahitan sulam bayang atau sulam tali kasut ini untuk pelbagai kegunaannya. Saya cuma sedia maklum sulam bayang ini boleh digunakan di tudung bawal atau di atas kain ela. Jujur saya katakan, sebelum saya mengikuti kelas 1 Malaysia anjuran Giat Mara, saya tidak tahu tentang sulam bayang ini. Mungkin saya pernah lihat jenis sulaman ini, cuma saya tidak tahu tentang namanya. Kata guru yang mengajar, cari di google, banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang sulam bayang. Memang benar, banyak yang   saya ketahui tentangnya. Kebetulan warna kain bawal yang saya gunakan di kelas tersebut agak kurang sesuai  atau kurang menyerlah. Jika saya gunakan warna  putih atau warna cream, saya rasa ia lebih menarik. Apapun, saya tetap berpuas hati dengan hasilnya. Pada saya, sulam bayang ini juga tidak perlu untuk ditambahkan jahitan sulaman benang dan sulaman manik yang berlebih-lebihan kerana ia boleh memjejaskan keseniannya sebagi sulam bayang. Tanpa bayang benangnya, apalah makna sulam bayang, kan?





Sunday 14 October 2012

Jahitan Manik Lace

Inilah jahitan manik lace yang pertama saya selesaikan untuk baju sendiri dan juga untuk sepasang jubah kakak saya. Banyak lagi projek jahitan manik dan juga jahitan bag yang sedang menunggu. Harap-harap dapat saya selesaikan dengan cepat dan sempurna.


jahitan manik di baju sendiri


jahitan manik di jubah


Sunday 9 September 2012

Majalah Kraf

Saya tertarik dengan keluaran Majalah Cotton Life kali ini kerana ia memaparkan beberapa paten kasut atau selipar yang menarik. Majalah ini sebenarnya telah lama saya beli, baru sekarang ada kesempatan untuk membeleknya.











Saturday 8 September 2012

Mesin jahit baru harap mampu beri semangat baru

Dua benda baru saya beli hari ini. Harap-harap ia mampu memberikan semangat baru untuk menghasilkan pelbagai jenis jahitan tanpa alasan. Harap-harap juga ia mampu menggerakkan produktiviti saya semakin lancar dan konsisten. 

Dah lama cari, baru hari ini saya ketemui
mesin jahit baru harap mampu beri semangat baru

Tuesday 4 September 2012

Nota sudah mari, di mana pula kupunya jari?

Dalam kita melakukan sesuatu perkara, minat dan semangat sahaja masih tidak mencukupi tanpa kesungguhan dan ketabahan. Nota jahitan manik yang saya beli daripada peparidsign sudah diterima. Lengkap sungguh notanya, bukan sekadar keterangan tentang jahitan manik, disertakan sekali juga bahan-bahannya seperti jarum, kain perca, contoh foto dan manik. Apa yang nak ditunggu lagi sebenarnya? Kalau bukan jari-jariku  perlu mula mencubanya???





Monday 3 September 2012

Majalah Kraf

Majalah Hand Made no. 47, keluaran Dec 2011 dan Jan  2012, telah saya miliki minggu lepas. Tak kurang menarik juga dengan paten-paten beg yang dipaparkan di dalamnya. Menyentuh fasal beg, saya sebenarnya ada tempahan  tote beg yang perlu diselesaikan tetapi mesin jahit saya buat hal pulak. Tergendala lagi.

Majalah Hand Made no. 47, keluaran Dec 2011 dan Jan 2012 

warna pink yang manis

paten yang menarik
muka depan beg ada sulaman tampal bentuk mesin jahit

saya tertarik dengan paten beg sebelah kanan


Sunday 2 September 2012

Kembali selepas lebaran

Berada pada hari ke 15 Syawal, barulah saya agak lapang dalam melaksanakan kerja-kerja jahitan yang tergendala. Walau pada mula saya merencana menjahit manik pada bulan puasa tetapi gagal terlaksana akhirnya. Dua tiga hari cuti ini, barulah saya mula menyentuh jahitan manik saya. Belum sempurna sepenuhnya jahitan manik tersebut, masih peringkat permulaan dan pertengahan.


sudah dijahit pada jubah tapi belum lagi ditambah manik

sudah dijelujur tetapi belum lagi dijahitkan manik-manik tambahan

Saturday 7 July 2012

Buku dan jahitan manik

 Inilah satu-satunya jahitan manik yang paling rumit saya hasilkan. Rumit dikatakan adalah dari sisi kepadatan jahitan manik dan kelebarannya. Tidaklah sukar menjahitnya. Teknik yang simple tapi memerlukan ketekunan dan kesabaran. Jenuh juga untuk menyiapkannya.




 Hari  ini semasa saya mencari majalah lama-lama edisi raya, saya terjumpa buku ini. Saya selak-selak sikit. Tak sangka pulak, ada bab fasal cara menjahit set comforter untuk baby yang saya cari selama ini. Walaupun tidak terperinci, sekurang-kurangnya dapatlah saya gambarannya. Macam-macam ada di dalam buku ini sebenarnya.. Nak belajar jahit langsir, sarung kusyen dan sarung sofa pun ada. Amat bersesuaian untuk dijadikan rujukan pada mereka yang ingin membuat persediaan hari raya ini. Namun begitu, buku ini diterbitkan pada 2007, jadi saya tidak pasti buku ini masih lagi berada di pasaran atau tidak. Saya sendiri tak pasti kenapa saya terlepas pandang buku ini pada jangka masa yang agak lama.






Tuesday 26 June 2012

Key chain PVC

Saya mencelah-celah di antara ruang waktu yang terbatas, terkejar antara ruang untuk diri sendiri, kerjaya, jahitan dan minat. Di antara celahan-celahan waktu itu, saya melayan key chain-key chain pvc yang comel ini. Pada saya amat melekakan dan mengasyikkan menjahit kraf seperti ini.


kunci dan kasut

 masih menanti untuk disempurnakan jahitan

Sesuai tak jadi kasut raya?

Monday 21 May 2012

Buku Terbaru Dalam Koleksi

Creative Beads Collection merupakan sebuah buku jahitan manik yang simple dan praktikal. Sesuai untuk orang yang baru dalam dunia jahitan manik tapi agak kurang sesuai sekiranya pada mereka yang tiada  langsung asas jahitan manik. Biarpun pada saya buku ini agak terlambat hadir dalam dunia penerbitan buku jahitan manik tetapi ia tetap berguna kerana mampu memberikan idea atau mencambahkan bibit-bibit ilham jahitan manik yang menarik. Buku yang berharga RM22-00 ini mampu mencantikkan baju raya anda tahun ini. Selamat membeli dan mencuba!

Shirley dan Rozai Tza sebagai penulis buku

langkah demi langkah



Sunday 20 May 2012

Pembaris Serba Guna

Melepaskan 3 minggu pertama  bulan mei ini adalah satu kelegaan setelah melaluinya dengan keletihan yang bukan sedikit. Sehinggakan ia mencabar sekali lagi  keberanian saya untuk beralih daripada kerjaya makan gaji kepada bekerja sendiri. Itu bukan satu keputusan yang mudah. Selagi saya tidak bertegas dengan pilihan diri selagi itulah saya hanya mampu berani bermimpi. Moga-moga bidang jahitan ini dapat dijadikan sebagai terapi untuk mengurangkan stress dalam kehidupan. Kali ini saya ingin menunjukkan pembaris yang mempunyai bentuk bulatan yang pelbagai saiz dan amat sesuai untuk digunakan dalam jahitan sulaman manik dan sulaman reben. Oleh itu saya tidak perlu menggunakan lagi duit syiling atau bekas yang berbentuk bulat.










Monday 7 May 2012

Majalah Kraf dan Jahitan

 7 buah majalah Cotton Friend dibeli serentak
Minggu lepas saya beli 7 buah majalah Cotton Friend pada waktu makan tengahari di kedai buku Popular. Saya beli keluaran yang tak dapat saya beli pada masa dulu-dulu. Saya lihat pada keluaran yang terbaru iaitu  pada tahun 2010 hingga sekarang lebih menarik kerana ada kepelbagaian jenis jahitan seperti jahitan beg, jahitan baju kanak-kanak, jahitan blaus, jahitan topi, jahitan skirt dan lain-lain. Boleh dikatakan tidak rugi beli majalah-majalah seperti ini. Harga pun baru RM24.90. Bukan tiap-tiap bulan keluarannya, dalam setahun cuma 4 kali diterbitkan. Yang bestnya ada sekali cara-cara untuk menjahitnya.




 manis sekali rekaan topi untuk ibu dan anak





pelbagai rekaan topi





topi dan baby bib