Pages

Sunday 25 January 2015

Buku Kraf

Saya beli buku kraf lagi. Kali ini buku kraf yang berbahasa Cina diterbitkan di Malaysia oleh One Publisher. Selama ini One Publisher banyak menerbitkan buku-buku masakan. Untuk pencinta sulam tampal bentuk hexagon saya syorkan inilah buku rujukan terbaik terutamanya yang baru nak bermula. Panduan langkah demi langkah amat memudahkan pemahaman walaupun ia berbahasa Cina. Di dalam buku ini ada panduan buat sulaman tampal hexagon untuk selimut, beg, bantal hiasan dan lain-lain. Sebenarnya buku ini  juga  memaparkan pelbagai bentuk sulaman tampal lain seperti segi empat, segi lapan dan yo-yo.






Saturday 24 January 2015

Simple Pouch Bag

Pouch bag ini bukanlah jahitan saya, ia di beli di Daiso. Selain daripada bentuknya yang menarik perhatian saya, kata-kata yang tertulis di pouch itu juga menguatkan keinginan untuk memilikinya.
IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAM COME TRUE, THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS TO WAKE. Kata-kata itu satu motivasi untuk saya. Harganya rm5.00 pada saya berbaloi untuk dimiliki.




Monday 19 January 2015

Beg Tuisyen Pelajar

Beg bercorak haiwan ini adalah tempahan yang kedua daripada teman sepejabat yang sama. Warna kuning juga bukan warna kegemaran tetapi saya tetap mengakui padanan warna beg ini tetap memberi impak yang amat manis sekali pada pandangan mata. Pada saya kebijaksanaan memilih warna amat penting untuk menghasilkan keserasian sesuatu padanan megikut kesesuaian daripada segi peringkat usia, jantina, kegunaannya dan sebagainya. Kadang-kadang seseorang boleh terpikat atau terpengaruh untuk membeli sesuatu produk itu hanyalah kerana warna yang menarik.

Saiznya 13.5" x  13.5"





Wednesday 14 January 2015

Tote Bag Bercorak Pensel

Semangat di awal Januari ini hendaknya berpanjangan hingga ke hujung tahun. Semoga saya sentiasa RAJIN untuk menjahit. Percubaan demi percubaan saya lakukan untuk baiki mutu jahitan saya. Aspek kekemasan cuba saya titikberatkan kerana ia memberi kesan kepada produk yang akan saya jual nanti. Dan tote bag pensel ini adalah tempahan daripada kawan sepejabat. Merah bukan warna kegemaran namun saya tetap tidak menafikan akan kemanisannya yang memikat ini.



kali pertama cuba teknik jahitan zip begini

Saturday 3 January 2015