Pages

Monday 21 May 2012

Buku Terbaru Dalam Koleksi

Creative Beads Collection merupakan sebuah buku jahitan manik yang simple dan praktikal. Sesuai untuk orang yang baru dalam dunia jahitan manik tapi agak kurang sesuai sekiranya pada mereka yang tiada  langsung asas jahitan manik. Biarpun pada saya buku ini agak terlambat hadir dalam dunia penerbitan buku jahitan manik tetapi ia tetap berguna kerana mampu memberikan idea atau mencambahkan bibit-bibit ilham jahitan manik yang menarik. Buku yang berharga RM22-00 ini mampu mencantikkan baju raya anda tahun ini. Selamat membeli dan mencuba!

Shirley dan Rozai Tza sebagai penulis buku

langkah demi langkah



Sunday 20 May 2012

Pembaris Serba Guna

Melepaskan 3 minggu pertama  bulan mei ini adalah satu kelegaan setelah melaluinya dengan keletihan yang bukan sedikit. Sehinggakan ia mencabar sekali lagi  keberanian saya untuk beralih daripada kerjaya makan gaji kepada bekerja sendiri. Itu bukan satu keputusan yang mudah. Selagi saya tidak bertegas dengan pilihan diri selagi itulah saya hanya mampu berani bermimpi. Moga-moga bidang jahitan ini dapat dijadikan sebagai terapi untuk mengurangkan stress dalam kehidupan. Kali ini saya ingin menunjukkan pembaris yang mempunyai bentuk bulatan yang pelbagai saiz dan amat sesuai untuk digunakan dalam jahitan sulaman manik dan sulaman reben. Oleh itu saya tidak perlu menggunakan lagi duit syiling atau bekas yang berbentuk bulat.










Monday 7 May 2012

Majalah Kraf dan Jahitan

 7 buah majalah Cotton Friend dibeli serentak
Minggu lepas saya beli 7 buah majalah Cotton Friend pada waktu makan tengahari di kedai buku Popular. Saya beli keluaran yang tak dapat saya beli pada masa dulu-dulu. Saya lihat pada keluaran yang terbaru iaitu  pada tahun 2010 hingga sekarang lebih menarik kerana ada kepelbagaian jenis jahitan seperti jahitan beg, jahitan baju kanak-kanak, jahitan blaus, jahitan topi, jahitan skirt dan lain-lain. Boleh dikatakan tidak rugi beli majalah-majalah seperti ini. Harga pun baru RM24.90. Bukan tiap-tiap bulan keluarannya, dalam setahun cuma 4 kali diterbitkan. Yang bestnya ada sekali cara-cara untuk menjahitnya.




 manis sekali rekaan topi untuk ibu dan anak





pelbagai rekaan topi





topi dan baby bib





Saturday 5 May 2012

Sulaman Reben dan Sulaman manik


 Pada 28 April yang lalu, saya berkesempatan menghadiri kelas asas sulaman reben dan sulaman manik lace.  Saya yang pertama kali mempelajari sulaman reben, berpendapat sulaman reben merupakan satu seni jahitan yang menarik. Begitu juga dengan jahitan manik lace yang pada mulanya saya menyangka agak sukar untuk menjahitnya tetapi tidaklah sesukar yang dijangka, mudah kerana corak lace sudah tersedia cuma adunan warna dan paten manik saja yang perlu difikirkan. Kebetulan   kedai di sebelah bangunan tempat saya belajar ini sedang mengadakan jualan penghabisan stok, saya berkesempatan pula membeli reben dan lace dengan harga potongan 50%. Saya lebih teruja dan bersemangat untuk terus mempratikkan kedua-dua jenis sulaman ini.

manik lace
sulaman reben 

manik lace

bekas tempat letak telur jadi tempat letak manik
Apabila saya ternampak bekas tempat letak telur ini, fikiran saya terus terfikir untuk menggunakannya sebagai tempat letak manik.