Pages

Monday 18 July 2016

Fabrik Jersey Knit

Mana-mana tukang jahit selepas raya merupakan waktu untuk bernafas lega. Rehat seketika daripada tekanan untuk menyempurnakan jahitan pakaian dengan segera. Mana-mana juga projek jahitan yang tertangguh sebelum raya boleh disiapkan pada waktu seperti ini yang ada sedikit ruang kelapangan. Yang perlu ada hanyalah kesungguhan dan semangat untuk melakukannya.
Selain menyelesaikan saki baki tempahan customer sebelum raya, saya cuba memanfaatkan kelapangan masa ini untuk projek jahitan perca jersey knit. Fabrik ini boleh dijadikan headband kanak-kanak dan dewasa, legging dan skirt kanak-kanak.


Fabrik jersey knit


Ada pelbagai corak dan warna





Tuesday 21 June 2016

Make-Up Bag

Alhamdulillah, pada bulan Mei dan June 2016 ini, saya agak produktif menghasilkan make-up bag untuk memenuhi tempahan customer. Hampir 40 biji telah terhasil. Selain daripada itu, saya juga menghasilkan jahitan beberapa  helai baju kurung dan tote bag.




Saya juga ada membeli beberapa buah buku jahitan dan kraf. Buku jahitan Kids ini  merupakan buku keluaran Jepun. Menarik kerana ada pelbagai contoh dan pola pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan.


Ini antara buku jahitan yang dibeli



Saturday 21 May 2016

Printed Denim Fabric

Printed Denim Fabric 60'

Hasrat awal saya ialah menjadikan fabrik denim ini sebagai pakaian. Apabila sampai di tangan saya (beli online), hati saya berbelah bagi pula. Saya terfikir untuk menjadikannya sebagai jahitan beg atau kraf. Hasilnya akan saya kongsikan beberapa hari lagi,